Wednesday, December 26, 2012

Whoever fail to plan is plan to fail :)

Pengajian sarjanaku sudah di fasa-fasa pecutan.
9 June 2013 dengan izin Allah, diriku sudah mahu melahirkan seorang lagi khalifah Allah, ummat Muhammad SAW. Subhaanallah, diriku merasa sangat bertuah dengan kesempatan dan amanah yang diberikan Allah ini.

Perancanganku, diriku akan cuba sekuat mampu untuk bergraduasi sarjana di tahun hadapan.

Dan segera akan pulang bersama suami untuk berbakti direct pada mak, abah dan mama. Dan bekerja membangun umat di sana, menyumbang pada negeri tanah tumpah darah :)

Justeru, dari kini diriku telah membuat beberapa perancangan. Khususnya tentang cita-citaku untuk menjadi pakar dalam bidangku, iaitu al-Quran dan Sains dengan memperolehi ijazah PhD sebelum umurku masuk 30 tahun, iaitu sebelum 30 Dec 2016.
Aamin. Kerna kupercaya sesiapa yang gagal merancang telah menempah tiket kegagalan dari awal. Itu adalah sunnatullah. Siapa berusaha dia berjaya. Man jada wajada.

Antara ipt/sekolah yang boleh dan sesuai ku berkhidmat selepas tamat pengajian sarjanaku adalah:

Kolej Universiti Bestari Setiu.
Kolej Jaipetra Kelantan Kolej Teknologi Darul Naim

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

Post a Comment

© Syahadatul Hafizah's Stories of Love and Life ~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena