Friday, April 6, 2012

Mengemaskan Perasaan...



Assalamualaikum wbt
This is My Story of 2012..
Untuk mengemaskan perasaan dan pemikiran.. ada baiknya saya mula menulis dan mencoret semula...

Sekarang ini sudah semester akhir
Semester 4 pengajian sarjanaku..
Saya tidak mahu untuk mengejar graduasi pada tahun ini...
Saya tidak kisah jika tidak sempat bergraduasi pada tahun ini..
Cuma saya berharap dan berusaha untuk submit pada tahun ini..
Setidak-tidaknya sebelum habis biasiswa pada bulan 8 ini...
Lalu selepas itu dalam masa bulan 8-12, saya mahu menulis buku banyak-banyak.. Dan bekerja secara sambilan di mana-mana institusi...
Dan menyiapkan cadangan proposal PhD..

Dan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April 2013 saya mahu sekurang-kurangnya 3 buku saya berada di pasaran.. Allaahumma Aamiin...

Bulan 1 saya mahu daftar PhD..
Dan menyiapkan dalam masa 2 tahun iaitu dari Januari 2013 dan submit pada Januari 2015..
Lalu viva pengesahan dan lain lain... Insha Allah saya akan sempat graduasi pada Oktober 2015..

Di waktu itu umur saya 2015-1986 adalah 29 tahun...
Allahu Akbar..saya mahu sekali mendapat PhD sebelum berumur 30 tahun..
Untuk PhD saya bercadang mengambil biayaan biasiswa juga.
Mungkin dari UM juga..

Wallahu a’lam..

Kerna lebih senang untuk saya bergerak bebas tanpa terikat atau untuk berkahwin dan menimang cahaya mata..
Maksudnya lebih banyak masa dapat diperuntukkan berbanding bekerja secara penuh..
Kerana bila bekerja full time, sukar sekali untuk menyiapkan pengajian..
itu pengalamanku..

Saya juga akan menggiatkan lagi penulisan buku.. Saya sangat berminat dengan perniagaan namun saya tahu untuk fasa-fasa awal ini saya tidak mampu untuk melakukan banyak pekara..dan saya mahu fokus agar dampaknya lebih maksima..dan tidak mencicirkan apa yang sudah ada di kendongan.. sedangkan apa yang mahu dikejar itu tidak dapat.. Cuma rasanya saya akan melaburkan modal kepada keluarga mak dan abah untuk mengusahakan tanaman cendawan menggunakan bongkah di tepi rumah saya. Di tepi bilik saya ruangnya masih ada...

Oh ya ada saya menyebutkan tentang perkahwinan di atas..
Ramai yang menanyakan saya...adik2 dan sahabat bertanya saya bila mahu berkahwin..
Apatah lagi mak abah saya...

Saya sangat yakin.. 
Ia tetap akan datang dengan izin Allah..
Saya tidak mahu fikiran ini jadi penuh tentang perkahwinan..
Kerna saya sering berfikir begini....
"Kematian adalah sesuatu yang pasti namun perkahwinan bukan tentu lagi merupakan sesuatu yang pasti.."

Justeru lebih baik saya serius memikirkan tentang amal... Namun tentulah sekali mustahil saya tidak berfikir dan berusaha untuk sebuah baitul muslim baitul haraki yang bakal terbina.. Justeru saya YAKIN pada Allah yang sudah mengaturkan dengan cantik hidup saya selama ini akan turut menyelesaikan pada saya tentang urusan sepenting ini.. yang menentukan saadah atau syaqawah kita.. syurga atau neraka kita..

Saya berharap saya dapat terus bertambah solehah dan mujahadah.. Dan menimba sebanyak banyaknya ilmu kehidupan rumahtangga dan keibu bapaan..agar nanti saya dapat bersedia.. kerna saya tidak mahu menjadikan rumahtangga suami dan juga anak-anak sebagai sebuah eksperimen dan rehearsal...

Saya yakin penantian ini ada hikmah buat saya dan dia.. Dia.. seorang bakal imam saya..
a great man that I adore... Saya yakin Allah akan menghadiahkan saya seorang suami yang boleh diandalkan, suami yang dapat mengemudi bahtera rumahtangga dengan cemerlang dan dapat pula memimpin tangan saya dan anak-anak bertemu cinta teragung kami iaitu Allah dan juga seseorang yang istimewa.. yang selama ini kami rindukan iaitu Baginda SAW.. belahan hati kami...

Itulah perancangan saya sehingga umur saya 30 tahun.. Saya yakin begini.. bahawa..kita harus bekerja dan beramal seperti akan hidup 1000 tahun lagi bahkan seperti tidak akan mati selama-lamanya... Bahkan Nabi sendiri berpesan pada kita bahawa jikalau kiamat sudah datang dan ada benih di tangan kita...pun kita harus segera menanamnya... Jikalau saya tidak sempat meneruskan perjuangan ini saya teringin mewariskan segala yang telah dibina ini kepada generasi selepas saya ini.. Insha Allah... Dan saya juga yakin begini.. tentang ibadah dan kehambaan.. bahawa beribadahlah seperti kita akan mati esok hari.. justeru dengan itu..kita tidak akan berani membuat maksiat bahkan menunda-nunda taubat kita....serta menompok-nompokkan dosa kita... Naudzubillah...

Dan perancangan selepas itu pula.. Wallahu a’lam...

Cuma saya berazam untuk berada dalam lapangan tarbiyyah, dakwah dan juga siasah.. Tiga bidang yang menjadi kecintaan saya... Selama-lamanya Insha Allah...

Saya tahu... dalam tempoh yang panjang itu.. Banyak cubaan dan ujian dari Allah akan datang..
Namun saya juga yakin.. bersama itu juga ada kemudahan, inayah dan kasih sayang serta perhatian Allah.. Insya Allah.... Allah akan  tetap memerhatikan dan menguruskan kita selaku hambaNya yang disayangi.. Namun.. tanggungjawab kitalah pula yang perlu membalas sayang dan cinta Allah pada kita..

Wallahua’lam..

Ukhtikum Fillah
Syahadah
Selasa
27 Mac 2012
9.30 am
Villa Mujahidah Seksyen 12 Petaling Jaya 

0 comments:

Post a Comment

© Syahadatul Hafizah's Stories of Love and Life ~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena