Friday, March 9, 2012

Selawat dari Hati...



Seminggu yang lepas, ada mesej menerjah Inbox Nokia C3 ku..
Ku buka.. "Masjid Bulat@MTAA". Itu gelaran namanya, pada nombor 63660 yang setia itu..
"Dijemput hadir ke Majlis Berselawat, bersama Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-Hamid, ISNIN, 5/3/2012 jam 7.30 malam di dewan Solat masjid tun abdul aziz, seksyen 14, Petaling Jaya"

Allah.. suka benar aku pada keturunan Rasulullah... para haba'ib dan hubabat.. 
Sementelah, aku tidak pernah menyertai sesi 'Berselawat'. Sebelum ini ada UM berselawat, KL berselawat dsb.. namun semuanya aku tidak sempat hadiri kerana ada beberapa kekangan seperti pulang ke kampung dan sebagainya...

Lalu... pulang dari pejabatku di jabatan kira-kira jam 6 petang... tergesa-gesa aku menyiapkan diri dan berkemas apa adanya.. Memang benar-benar seperti berada di bulan Ramadhan yang mulia.. aku membawa telekung solat yang tersayang dan juga mushaf al-Qur'an kecil kesayanganku.. bersama dompet dan handphone yang di off kan.. jam 6.30 aku bertolak keluar dari Villa Mujahidah... Sampai di Masjid Bulat kira-kira jam 7.00 petang kerana suasana petang di Kuala Lumpur adalah terpenuhi dengan jammed.. walaupun perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 5-7 minit sahaja..

Beberapa hari sebelum itu aku ada mengajak sahabat serumah ku.. namun mereka tidak dapat berjanji. Petang itu ku ajak mereka sekali lagi, namun semuanya keletihan kerana baru pulang. Tambahan lagi dengan keadaan Kuala Lumpur yang sering hujan sekarang ini. Dengan berseorangan aku gagahkan diri.. Ternyata di umur sebegini aku kurang gemar berjalan sendiri tanpa ditemani mahram atau sahabat sejantina. Sahabatku kata, ini sindrom berteman.. orang dewasa yang sudah sampai seru untuk berkahwin akan terkena sindrom ini.. Benarkah..? hmm..

Namun tetap ku gagahkan diri. Masuk ke dalam kereta sahaja.. ku rasakan aroma Ramadhan tahun lalu menyapa hatiku... kerna di waktu sebegitu di Ramadhan lepas, akan ku pandu kereta ku Pearl yang setia, menuju masjid Bulat, atau surau TNB untuk aku beriftar jama'ie bersama ahli masjid. Maklumlah, aku ini Ibnu Sabil.. layak untuk makan percuma kan.. hehe

Sampai di sana, parking mudah sahaja.. Alhamdulillah...
Ku perbaharui wudhu' walaupun sudah ku ambil di rumah sebelum datang ke masjid.
Hatiku merasa tenang. Aku ingin merasai suasana berselawat bersama-sama. Jujur dikatakan, aku agak sedikit skeptikal, atau pesimis dengan majlis zikir beramai-ramai. Khususnya aliran tarekat tertentu, yang bisa memberi waham kepada hatiku, kerana bunyinya yang pelik. Ku ujarkan di sini, kerna aku ada sedikit pengalaman tidak langsung dengannya. Namun fikirku, ini adalah majlis berselawat, zikrullah. Semestinya ada tausiyah dari Habib. Ingin aku mendengar langsung darinya, setelah sering kudengar ceramahnya di IKIM, TV9, Youtube dan sebagainya. Penyampaiannya menusuk ke kalbu, dengan tawadduk dan rendah hati yang jelas terpancar.

Usai sunat ba'diyyah, kami mula berselawat. Pelbagai jenis selawat dialunkan, dengan dibantu layar skrin. Aku mengambil posisi di tengah, setelah tabir dibuka. Masih berselindung di sebalik akhawat yang lain, jadi, aku tetap masih bisa menyorok saat ada kamera candid yang memotretkan kenangan ini oleh pihak AJK Masjid. Namun, tulisannya di layar masih bisa dibaca. Walaupun power point digerakkan agak bercelaru. Namun itu tidak penting. Aku lantas berselawat dari hati. Dapat kurasakan ketenangan yang mengalir, dan redupnya sayap malaikat yang menaungi kami... Allahu Akbar...

Ketenangan berganda saat aku mendengar tausiyah dari Syeikh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al-Hamid. Ulama' kelahiran Indonesia, berkelana sejak dari muda ke Yaman dan Mesir. Lalu pulang ke Malaysia, menyambung Master dan PhD di UIAM.. Subhaanallah.. aku jadi sangat terinspirasi..
Huraian tafsir dan cara penceritaanya melambangkan ketinggian ilmunya.. Terasa tidak puas mendengar aliran mutiara hikmah dari beliau. Jujur ku akui, aku lebih menyukai kuliah bernada lembut dari hati.. buat mengetuk pintu hatiku.. Aku kurang suka mendengar ceramah yang berdegar-degar, banyak mengutuk dan berlawak.. Mungkin ia lebih sesuai untuk jiwaku, namun versi kuliah yang lain, tentulah sesuai untuk mereka yang lain pula.. Itulah resam dan kecenderungan hati anugerah Allah yang pelbagai.. Suatu keindahan pada alam ini..

Tabaarakallah.. mendengar dari keturunan jauh Nabi pun sudah terasa kesyahduan.. buat aku memikirkan terus tentang Baginda sepanjang tausiyah itu... Alangkah sekiranya aku mendengarkan langsung dari Baginda.. dan bertemu berhadapan dengan Baginda.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar... Dan tak terasa mataku terus hangat sepanjang tausiyah itu.. Beberapa kali aku mengesat air mataku secara diam-diam..

Namun ada ketenangan luar biasa yang kurasakan saat itu. Aku sendiri tidak tahu kenapa.
Walau kesendirian, aku rasa aku sedang berteman. Entah siapakah yang menemani.
Wallahu a'lam..

Rupanya ia terjawab selepas itu. Sedang ku melipat telekung ku di ruang solat muslimat, dalam keadaan masih kesyahduan dan jiwaku menerawang selepas berselawat, mendengar tausiyah dan Solat Isyak, aku terjumpa seseorang yang istimewa.. Aku tersenyum padanya tanpa sengaja, dan dia membalasnya. Sampai beberapa kali kami bertukar senyuman... Aku tidak berani menegurnya, dan sepertinya aku mengenalnya.. Allah.. apakah gerangannya kami bertemu buat pertama kali di masjid itu?

Allah.. hanya Kau yang bisa menjawabnya lewat istikharahku.....

0 comments:

Post a Comment

© Syahadatul Hafizah's Stories of Love and Life ~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena